Assalamualaikum.
just some sharing.
i've got this from somewhere i don't really remember coz it has been such a long time in my dekstop.
just some tips :)
"10 Sifat Calon Suami Yang Baik "
lets roll~
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Kuat amalan agamanya.
Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
*addition: mak ngan ayah aku asyik2 ulang menda yg same: sape dtg rumah ktorg pastu tanye surau katne mmg di canangnye org tersebut kpd aku. syarat utama jd bakal menantu kate mereka*
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. *your friends are who you are. so, silalah bijak memilih kawan*
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
ape2 pon sejukkk hati kalo dpat suami gini.. tahniah kpd ibu bapanye kerana membesarkan lelaki2 yg ade sifat2 tersebut.. mmg tepukan gemuruh diberikan kpd mereka *tepuk tangan smbil berdiri*
well, jodoh di tangan Allah. kite xtaw jodoh kte ngan sape, bile jumpe, so on.. sume da tertulis.
so jgn benci sgt2 seseorang as we may end up with him/her..
and jgn sayang sgt2 seseorang sbb mgkin bukan jodoh kite ngan die..
:)
yes, AGAMA should be the 1st priority after all.. anything tgok agama, tengok solat.. kalo agama tunggang terbalik, solat x cukup sume, mcmane nk jdikan satu perkahwinan dan keluarga berkat, kn?
other factors like muka, harta, good personality is a bonus if you have it :)
so, kpd lelaki2 yg di luar sana, change urself for betterment. sesape yg ade ciri2 ni, bolehla kawen dah.. jgn tunggu lama-lama.. nnt lama-lama dia diambil orang~ :D
and berdoalah banyak2 semoga diketemukan dengan jodoh yg boleh mendekatkan diri kite kpd Allah..
amin~
p/s: for me, tmbh lagi satu ciri -someone that can make me laugh. sebab aku suka ketawa. hahahaha.